fbpx
Now Reading
Covid-19 : Lelaki Warga Emas Jadi Korban Ke-10

Covid-19 : Lelaki Warga Emas Jadi Korban Ke-10

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 10 kematian setakat petang ini.

Lelaki berkenaan seorang lelaki warga emas yang berusia 74 tahun ( kes 259) difahamkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada Ahad di sekitar jam 4 petang.

Kematiannya diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Difahamkan mangsa adalah daripada kluster tabligh yang menyertai himpunan ijtima tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.

Dalam masa sama Noor Hisham Abdullah turut berkata, negara hari ini merekodkan 123 kes positif baharu menjadikan julah kumulatif kes positif sebanyak 1,306 kes.

Daripada jumlah itu, 74 kes dikesan dari kluster perhimpunan ijtimak tabligh Masjid Jamek Seri Petaling, manakala 49 kes kluster lain yang masih dalam siasatan.

“Dukacita dimaklumkan hari ini, terdapat pertambahan dua kes kematian baharu dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

“Kes kematian ke-10 adalah membabitkan seorang lelaki berusia 74 tahun daripada kluster tabligh, iaitu kes ke-259. Mangsa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom dan disahkan positif pada 14 Mac.

Gambar fail : KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham

“Mangsa diberi bantuan alatan pernafasan selepas keadaan kesihatan semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.05 petang hari ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu di sebelah pagi beliau mengumumkan kematian kesembilan membabitkan seorang pakar perubatan KKM yang mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

Korban yang juga kes ke-890 dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.