fbpx
Now Reading
Lelaki Ingkar PKP, Ajak Polis Bertumbuk Di Tahan

Lelaki Ingkar PKP, Ajak Polis Bertumbuk Di Tahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedang 90% masyarakat di Malaysia mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan sebagai usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19, masih terdapat segelintir golongan yang tidak faham bahasa yang sedikit menyulitkan tugasan para petugas barisan hadapan terutama pasukan keselamtan

Terbaru seorang lelaki dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah ditahan kerana memaki hamun anggotan polis yang sedang bertugas dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh.

Tidak cukup dengan itu, dia juga bertindak mencabar anggota polis bertumbuk ketika disuruh untuk berpatah balik.

Anggota keselamatan menjalankan sekatan jalanraya sepanjang PKP

Memetik BH, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani ketika dihubungi memaklumkan, lelaki itu ditahan pada jam 3.40 petang selepas enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik.

“Suspek dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang bagaimana pun gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis.

“Suspek juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya kepada portal berita tersebut.

Tambah Amran berkata, permohonan reman terhadapnya akan dibuat di Mahkamah Seremban, pagi Sabtu.

“Kes ini seterusnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.