fbpx
Now Reading
Covid-19 : 37 Jumlah Kematian Setakat Ini

Covid-19 : 37 Jumlah Kematian Setakat Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156881537856237?__xts__%5B0%5D=68.ARBDsC1cPlC1a3KUKc2o8lUycr0Gcmo6SSCDciqOgeKfrDzmjfSoS6WiyfW5gqYaT9hOwEA4D95-4UrTT2jQ3spd_kvGaBLXs8Po-3bApzXMu5O_DqjfHqRL0-pf0U5jCDTrwq1lQcCa3aOi1qFRjDSzMjRMLPS7S66IMwnY5gtpFpA2MCCVBDQeadmRu_k-EjYALTSgySFHJHW4ihAF25epii4mkAwTM5ONozu5eOAlrejzOkOdgSv1gM4RUkA1Iv4wokLdgEFQQ6uq4UzKx66dVExdMSWuPiWvSc5a2rE83x5FnePIrearwXP37A4RM61d05cZXnLvy2kBrDgq&__tn__=-R

Tiga lagi kes kematian berkaitan jangkitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Difahamkan jumlah ini termasuk 1 kematian membabitkan kakitangan KKM yang meninggal dunia pada malam tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus maut itu dalam negara ketika ini sebanyak 37 kes.

Tambahnya terdapat 156 kes baru pada hari ini menjadikan yang dilaporkan menjadikan jumlah kes keseluruhan dalam negara meningkat kepada 2,626 .

Dalam pada itu, jumlah pesakit yang telah pada hari ini juga meningkat dengan 91 pesakit disahkan telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital.

“Hari ini. bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital seramai 91 pesakit.

“Paling tinggi setakat ini. Jumlah keseluruhan telah sembuh (daripada jangkitan Covid-19) dan discaj seramai 479 orang (keseluruhan),” katanya.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

1) Kes kematian ke-36 (kes ke-1941)

• Lelaki warga tempatan berusia 47 tahun yang dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020.

• Disahkan meninggal dunia 30 Mac, 8.10 pagi.

2) Kes kematian ke-37 (kes ke-2471)

• Wanita tempatan berusia 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun.

• Wanita ini dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac, 9.02 pagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.