fbpx
Now Reading
Covid-19 : 5 Kematian Dan 208 Kes Baru Dicatatkan Hari Ini

Covid-19 : 5 Kematian Dan 208 Kes Baru Dicatatkan Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), hari ini melaporkan lima kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) .

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 50 kes.

Dalam masa sama terdapat 208 kes baru dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes dalam negara terus meningkat kepada 3,116 kes

Katanya, dari jumlah itu seramai 105 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 menggunakan bantuan alat pernafasan.

Dalam masa sama jumlah pesakit yang telah sembuh juga terus bertambah dengan 122 dari mereka telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 122 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 767 pesakit atau 24.6 peratus telah sembuh dan discaj hospital,” katanya.

Berikut carta terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.