fbpx
Now Reading
Yoodo Gank Harumkan Nama Malaysia, Juarai PUBG Mobile Pro League SEA

Yoodo Gank Harumkan Nama Malaysia, Juarai PUBG Mobile Pro League SEA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_uljn7nAre/

Pasukan e-sukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank mengharumkan nama negara dengan muncul sebagai juara dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020, pada malam Ahad.

Ini sekaligus melayakkan mereka ke ke Kejohanan Liga Dunia E-Sukan bersama satu lagi pasukan dari Malaysia iaitu Secret.

 Difahahamkan Yoodo Gank berjaya mengumpul 284 mata dalam 15 pusingan yang dipertandingkan sekaligus dinobatkan sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara  menewaskan pasukan hebat Bigetron Red Aliens dari Indonesia dan pasukan-pasukan lain sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM128,000)

Selain dari itu pasukan itu turut mendapat ‘bonus tambahan’ kira-kira RM44,000 selepas dinobatkan sebaga Pasukan Paling Popular di Malaysia, kutipan Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan Anugerah Pemain Terbaik.

Kemenangan ini turut dikongsikan kapten mereka iaitu Man Parang di Instagramnya

Dalam pada itu, Pasukan Team Secret yang sudah layak ke Kejohanan Liga Dunia E-Sukan , berjaya menduduki tempat ke-5 manakala satu lagi pasukan Bigetron AROV di tempat ke -12.

Yoodo Gank terdiri daripada empat pemain muda yang berbakat besar iaitu Aiman Mohamad (Man Parang) sebagai kapten, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.