fbpx
Now Reading
Keputusan Hantar Jemaah Haji Akan Diketahui Khamis Ini

Keputusan Hantar Jemaah Haji Akan Diketahui Khamis Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin membenarkan sambutan Aidiladha dan ibadah korban membuatkan ramai menarik nafas lega.

Namun selain dua perkara ini, segelintir umat islam masih tertanya-tanya aapakah status jemaah haji Malaysia pada tahun ini , samaada mereka diberi kebenaran menunaikan haji atau dibatalkan seperti negara jiran Indonesia dan Singapura

Terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan keputusan mengenai perkara berkenaan akan diketahui pada Khamis ini.

Foto : Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Selain perihal haji, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu difahamkan akan membuat pengumuman mengenai prosedur operasi standard (SOP) solat jemaah dan solat Jumaat sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sidang media khas selepas sidang media harian Keselamatan

Memetik BH, satu sidang media khas mengenai perihal ini akan dilakukan selepas sidang media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu media melaporkan Dr Zulkifikli ada memaklukan yang kerajaan Arab Saudi masih belum memutuskan samaada membenarkan ibadah haji dilakukan pada tahun ini.

Meskipun mendapat kebenararan, kerajaan akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkenaan dengan banyak pihak dalam mencari pendekatan terbaik berhubung perkara tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.