
Isu Veveonah : “Kabinet Ambil Maklum Kenyataan Dua Timbalan Menteri Tidak Wajar” – KJ
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak minggu lalu antara perkara yang paling hangat diperkatakan di kalangan netizen adalah isu yang membabitkan mahasiswi UMS, Vevenonah Musibin dan dua timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga MP Kudat.
Bermula dari kenyataan Zahidi di Dewan Negara yang mendakwa kisah peperiksaan Veveonah di Youtubea adalah palsu , Timbalan Menteri itu kemudiannya mengakui tersilap mendapat info namun menjelaskan ianya diterima daripada Abdul Rahim.
Namun Abdul Rahim dalam satu satu kenyataan pada 7 September kemudiannya mendakwa isu internet yang dibangkitkan Veveonah adalah palsu dan hanya ‘satu drama’ bagi meraih perhatian.
Tindakan kedua-dua ahli politik ini kemudiannya menaikkan kemarahan netizen yang menyifatkan ianya adalah satu bentuk buli siber terhadap Veveonah.
Ianya terus berlanjutan sehingga memaksa Pengerusi UMS, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga ADUN Karanaan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Veveonah sememangnya ada menduduki peperiksaan pada hari kejadian.
Terbaru Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan jemaat menteri yang kebetulan bermesyuarat pada pagi tadi (rabu) menyimpulkan bahawa kenyataan dua Timbalan Menteri berkenaan tidak betul & tidak wajar.
Jelas KJ, isu sebenar yang harus diteliti dan diketengahkan adalah capaian internet & kemudahan asas di luar bandar terutamanya untuk kawasan pedalaman.
Perkara itu dikongsikan KJ menerusi satu cipatan di Twitter miliknya petang tadi.
Jemaah Menteri pagi tadi telah bincang isu #Veveonah. Kabinet ambil maklum kenyataan dua Timbalan Menteri tidak betul & tidak wajar. Kabinet setuju isu sebanar adalah capaian internet & kemudahan asas lain khusus di pedalaman. Kerajaan akan usaha sebaik mungkin untuk perbaiki.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 9, 2020
Perkongisna beliau mengenai keputusan jemaah menteri itu jelas senada dengan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Amzad Hashim dan juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan isu utama ialah bagaimana kerajaan mengatasi masalah capaian dan liputan internet di kawasan terbabit.
Bagi saya, isu Veveonah bukanlah isu dia benar-benar ada exam atau tidak, tetapi isu utamanya adalah bagaimana langkah kita untuk memperbaiki jaringan internet di kawasan-kawasan yang masih belum mendapat liputan. pic.twitter.com/HuRQYOEHUB
— Haji Amzad Hashim (@HajiAmzad) September 8, 2020
Viveonnah Mosibin@tree girl issue should be an eye opener for us..accept reality that still many villages esp in the interior of Sabah n Swak need better infrastructure facilities incl better communication network..Work on it and stop being in denial..
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 8, 2020
Dilihat pada respon netizen, rami yang memberikan reaksi positif dan meluahkan rasa syukur dengan apa yang telah dipersetujui.
Malah ramai mengharapkan isu ini tidak lagi diperpanjangkan sebaliknya memberikan fokus pada isu utamanya.
Terbaik.. Mintak maaf.. N baiki apa patut.. Xyah nak panjang2.. Jgn bagi bola tanggung.. Aduyai
— EzwΔn (2JTM) 🇲🇾 (@47jTM) September 9, 2020
Ini lah kenyataan yang betul. Buat apa mahu defend when one is clearly at fault. Then want to act atas by saying they are graceful enough to forgive. Apa lar. KJ is pushing all the right button now. I support.
— Leo Ong (@leolilieno) September 9, 2020