fbpx
Now Reading
Covid-19 : Sunway Lost World Of Tambun Ditutup 14 Hari

Covid-19 : Sunway Lost World Of Tambun Ditutup 14 Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CGR0v8dJy9d/

Sunway Lost World Of Tambun, hotel taman tema terkenal di Ipoh, Perak telah ditutup sementara susulan seorang pengunjung mereka disyaki salah seorang pengunjung disyaki positif COVID-19.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan taman tema itu, mereka telah dimaklumkan secara lisan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara berkenaan

Ditutup dari 13 – 26 Oktober 2020

Susulan itu, mereka akan menutup seluruh premis taman tema Sunway Lost World Of Tambun juga hotel mereka, Sunway Lost World Hotel selama 14 hari, bermula semalam, 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020.

“Ia bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan yang mendalam di sekitar taman tema dan hotel kami untuk melindungi para pengunjung dan orang ramai.

Kami ingin memastikan bahawa keselamatan dan kesihatan para pengunjung dan semua kakitangan kami menjadi keutamaan, dan kami berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat buat semua,” katanya pada Selasa.

Menurut mereka lagi, KKM sudahpun melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi

“Kami harap orang ramai agar kekal bertenang. Kami akan terus komited memberi kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan dan KKM untuk mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Mereka bagaimanapun tidak menyatakan sebarang tarikh dan waktu PUI tersebut berada di sana.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan orang ramai boleh lah menghubungi Sunway Lost World Of Tambun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.