fbpx
Now Reading
Beri Kelonggaran, Kerajaan Kini Benarkan 3 Orang Satu Kereta

Beri Kelonggaran, Kerajaan Kini Benarkan 3 Orang Satu Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan menerusi sidang khas MKN bersetuju memberikan kelonggaran mengenai bilangan penumpang di dalam sesebuah kenderaan di kawasan yang dikenakan PKPB.

Jika sebelum ini hanya dua orang yang dibenarkan didalam sesebuah kenderaan, kini kerajaan bersetuju menambahnya kepada tiga individu dari satu kelurga yang sama .

“Mesyuarat hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran iaitu tiga orang untuk satu kenderaan. Ini samalah seperti e-hailing, teksi… satu tambah dua, iaitu dua penumpang dan satu pemandu.

“Oleh kerana kita benarkan dua tambah satu dalam e-hailing, iaitu tiga orang dalam setiap kenderaan awam, maka kita samakan jumlah, tiga orang untuk setiap kenderaan.

“Ini sebenarnya (dibuat selepas) mendengar pandangan dan juga permohonan daripada orang ramai di luar sana yang mahu kelonggaran (untuk) tambah penumpang dalam kenderaan persendirian dari rumah yang sama,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.