fbpx
Now Reading
Catat Satu Kes, Varian Baharu Covid-19 Dari UK B117 Sudah Ada Di Singapura

Catat Satu Kes, Varian Baharu Covid-19 Dari UK B117 Sudah Ada Di Singapura

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Nampaknya varian baharu Covid-19 yang berasal dari United Kingdom (UK) iaitu B 117 sudahpun berada di negara jiran Singapura.

Strain B 117 tersebut yang dilaporkan lebih mudah berjangkit dan sedang merebak di UK telah dikesan membabitkan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang menuntut di UK.

Pelajar berkenaan difahamkan telah kembali ke Singapura pada 6 Disember dan menjalani Notis Duduk Di Rumah (SHN) di pusat kuarantin sejak kepulangannya dipetik dari laporan Berita Harian Singapura

Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) dalam satu kenyataan berkata, terdapat sejumlah 31 kes import dari Eropah yang tiba di Singapura di antara 17 November sehingga 17 Disember 2020  didapati membawa jangkitan pada Disember 2020, 

“12 daripada mereka tidak dijangkiti strain B117, manakala seorang lagi disahkan dijangkiti strain itu.

“Lima sampel tidak boleh dipastikan susulan kandungan virusnya yang rendah dan kami masih menunggu keputusan 11 lagi kes yang pada awalnya dikesan positif strain B117. Dua kes belum disaring setakat ini,” menurut kenyataan tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga republik tersebut kemudian mengumumkan mulai  jam 11.59 malam,  23 Disember semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan sejarah perjalanan ke UK dalam tempoh 14 hari lalu tidak lagi dibenarkan transit atau masuk ke Singapura.

Terdahulu kerajaan UK juga telah memulakan operasi penutupan tahap empat di bandar London dan mengetatkan sekatan di seluruh England susulan penemuan varian baharu ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.