Individu Ingkar SOP PKP Boleh Dikompaun Sehingga RM 10,000 Mulai 11 Mac

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sekitar Januari lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri ada memaklumkan yang kerajaan sedang memohon Pejabat Peguam Negara untuk menggubal ordinan darurat bagi menambah nilai kompaun dan tempoh penjara, bagi kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada waktu itu turut menyuarakan pendapat sama, meminta nilai kompaun dinaikkan buat mereka yang ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

 Semua ini dilakukan demi memastikan orang ramai agar patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

Terbaru malam tadi, ianya telah pun digubal dan diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Individu boleh dikompaun sehingga RM10,000 dan syarikat sehingga RM50,000

Menerusi laporan Sinar Harian yang memetik laman Pejabat Peguam Negara, berkuatkuasa dari 11 Mac, mana-mana individu yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dikenakan kompaun sehingga RM10,000.

Manakala syarikat yang melakukan sama pula boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 50,000 .

Sebagai rekod, antara kesalahan-kesalah yang boleh dikenakan kompaun ialah :

  • Tidak memakai pelitup muka,
  • Tidak mematuhi arahan penjarakan fizikal,
  • Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan,
  • Melakukan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran
  • Aktiviti pusat hiburan dan banyak lagi




© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.