fbpx

Isu Sekolah CBN Selesai, Kerajaan Lanjut Pajakan Tapak Sekolah Selama 60 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selepas beberapa hari hangat mengenai isu tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN), kerajaan hari ini bersetuju melanjutkan tempoh pegangan pajakan tanah tapak sekolah tersebut yang beralamat di Seksyen 49, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pegangan pajakan CBN selama 60 tahun lagi selepas meneliti dan mengambil kira kepentingan dan sumbangan sekolah berkenaan sejak dari mula ia ditubuhkan.

Ini bermakna pajakan tersebut yang sepatutnya tamat pada 6 September 2021 akan bersambung sehingga 6 September 2081.

Foto : Malaymail

Namun difahamkan kebenaran ini diberikan khas untuk tujuan pendidikan sahaja.

Menerusi kenyataan sama, keputusan tersebut dipersetujui kedua-dua pihak selepas selepas satu pertemuan diadakan diantara Ketua Setiausaha Negara dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bersama Sr Theresa Chua, Lady Superior of the Society of St Maur yang mewakili CBN.

Foto : PMO

Terdahulu orang ramai khususnya bekas alumni CBN meluahkan rasa kecewa mereka terhadap keputusan kerajaan tidak melanjutkan pajakan tanah sekolah berkenaan.

Ramai menyifatkan, bangunan sekolah CBN yang sudah mencecah satu abad wajar dikategorikan sebagai warisan dan perlu dikekalkan dan dipelihara kerana ia adalah ebahagian daripada sejarah Kuala Lumpur.

Ekoran itu satu petisyen telah dilancarkan sebagai usaha orang ramai untuk menyelamatkan tanah sekolah itu yang menurut beberapa pihak sewajarnya diwartakan sebagai tapak warisan sejak dari dahulu lagi bersama sekolah Victoria Instituition

Sebagai rekod Convent Bukit Nanas ditubuhkan pada tahun 1899, lima tahun selepas penubuhan VI menjadikan mereka antara salah satu sekolah tertua di negara ini.

Baca artikel berkaitan :

Foto : FMT

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.