fbpx

Kecuaian Pemandu Punca Nahas LRT- Menteri Pengangkutan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekoran dari insiden perlanggaran dua tren sistem aliran ringat(LRT) iaitu (TR40) dan tren 81 (TR81) yang mengakibatkan 47 parah manakala 166 lagi cedera ringan, Kementerian Pengangkutan hari ini melaporkan siasatan awal mendapati ianya berlaku disebabkan kecuaian.

Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu sidang media yang turut disiarkan secara langsung di Bernama TV berkata, sistem kawalan LRT sepatutnya dikawal secara automatik sepenuhnya namun semalam TR40 yang bergerak dari Gombak ke depoh Subang pada jam 8.21 malam iaitu arah selatan,telah mengalami kegagalan ‘time out’ dan berhenti semasa menghampiri stesen Kampung Baru.

“Kalau ikutkan semua tren dikendalikan secara automatik, tetapi disebabkan satu daripada tren iaitu nombor 40 mengalami masalah teknikal, pemandu terpaksa memandunya ke depoh.

“Pemandu kemudian diarahkan memandunya secara manual dari stesen Kampung Baru menuju stesen Dang Wangi dan perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren yang berada di arah selatan atau yang berada dalam mode ATO untuk meneruskan perjalanan.

“Pada masa yang sama, TR81 yang beroperasi secara ATO berada dalam keadaan statik di platform stesen KLCC arah selatan, pada 8.24 malam TR81 telah berlepas dari stesen KLCC ke stesen Kampung Baru setelah menerima maklumat bahawa TR4O telah beredar dari stesen Kampung Baru menuju ke stesen Dang Wangi,” katanya.

Namun, sekitar jam 8.33 malam, pemandu tersebut menghubungi pusat kawalan operasi (OCC) memaklumkan TR40 bertembung dengan TR81.

Namun, Wee berkata pada jam 8.33 malam, pemandu menghubungi pusat kawalan operasi (OCC) memaklumkan TR40 bertembung dengan TR81.

“Kira-kira jam 8.36 malam, OCC telah memaklumkan agensi tindakan kecemasan dan melantik pegawai bertanggungjawab di kawasan insiden sebelum pihak polis dan ambulans tiba di tempat kejadian bagi kerja-kerja menyelamat mangsa,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pemilik aset dan pengendali perhidmatan pengangkutan itu, Prasarana Berhad sudah pun membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan sama ada kejadian itu berunsurkan jenayah atau sebaliknya.

“Kalau elemen jenayah ini kita bagi polis yang siasat.

“Bagi Kementerian Pengangkutan kita akan siasat dari segi teknikal dan bagaimana kita boleh tambah baik kerana sistem pengangkutan awam ini sangat penting,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Wee berkata tren tidak bergerak dengan kelajuan yang tinggi, namun apabila ia bertembung ia akan menghasilkan impak yang kuat.

Dalam pada itu Wee turut memaklumkan mereka terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing yang ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentang sebagai laporan akhir.

Sebagai rekod, kejadian semalam merupakan kemalangan paling teruk selepas 23 tahun LRT beroperasi.

Foto header : Malaymail/ Shafwan Zaidon

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.