fbpx
Now Reading
“Pilih Vaksin Atau Penjara” – Duterte Beri Amaran Mahu Penjarakan Rakyat Filipina Yang Tolak Vaksin

“Pilih Vaksin Atau Penjara” – Duterte Beri Amaran Mahu Penjarakan Rakyat Filipina Yang Tolak Vaksin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang pemimpin khususnya sewaktu negara yang dipimpin berdepan krisis besar seperti pandemik Covid-19 bukanlah suatu tugasan mudah.

Antara cara paling berkesan adalah dengan memastikan pembentukan imuniti kelompok dapat dilakukan dengan secepat mungkin agar penularan virus maut dapat dibendung.

Misi ini bagaimanapum sukar dicapai sekiranya bekalan stok vaksin kurang atau lebih teruk memerlukan pelbagai kaedah dan iniasatif dalam meyakinkan masyarakat untuk menerima suntikan vaksin.

Sebagai contoh kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah bertindak menyediakan pelbagai insiatif ‘tak masuk akal’ antaranya dengan menawarkan ganja percuma kepada orang ramai yang tampil mengambil suntikan vaksin.

Baca artikel berkaitan : Demi Tarik Minat Orang Ramai, Kerajaan AS Buat Promosi Suntik Vaksin Dapat Percuma Ganja

Namun situasi ini dilihat sedikit berbeza di Filipina apabila Presidennya, Rodrigo Duterte sudah dilihat ‘muak’ dengan sikap sesetengah rakyat mereka yang enggan divaksin.

Justeru beliau memberi kata dua kepada golongan tersebut sama ada memilih untuk divaksin atau berdepan hukuman penjara.

Foto : Bangkok Post

Menerusi laporan Awani, amaran tersebut dikeluarkan Duterte berhubung laporan media mengenai jumlah kehadiran rendah di beberapa pusat vaksinasi di Manila sedangkan Filipina masih lagi dilanda Covid-19 yang teruk dengan jumlah pesakit positif sudah melebihi 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kes kematian.

“Anda pilih, vaksin atau saya akan penjarakan anda,” katanya semasa ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Isnin.

Kenyataan berkenaan menyebabkan Duterte dikritik seolah mengugut rakyatnya sebagai satu usaha kerajaan untuk mengawal Covid-19. Malah ada yang berpendapat ucapan tersebut bertentangan dengan kenyataan pegawai kesihatannya yang menyatakan meskipun rakyat digesa mendapatkan vaksin Covid-19, namun ia adalah secara sukarela.

DIa kemudiannya menjelaskan bahawa ucapan berkenaan ditujukan kepada mereka yang mengingkari arahan kerajaan.

“Jangan salah faham, terdapat krisis dalam negara ini. Saya hanya terganggu dengan rakyat Filipina yang tidak mengendahkan arahan kerajaan.

Sebagai rekod, pihak berkuasa Filipina yang sebelum ini menyasarkan 70 orang rakyat nya akan selesai divaksin tahun ini bagaimanapun hanya berjaya menvaksinasi 2. 1 juta orang rakyat mereka setakat 21 jun ,satu angka yang dilihat agak rendah untuk negara berpopulasi 110 juta itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.