fbpx
Now Reading
Usahawan ‘Marahi’ Warga Emas Dikompaun RM1,500 Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka

Usahawan ‘Marahi’ Warga Emas Dikompaun RM1,500 Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang lelaki difahamkan seorang usahawan menasihati seorang warga emas dengan nada biadap.

Tindakannya yang disifatkan memperkecilkan warga emas yang lebih tua dan seolah memperlekehkan orang-orang susah menaikkan kemarahan orang ramai. Malah ramai mahukan dia di siasat kerana secara terang-terangan di rakam tidak mengenakan pelitup muka.

Baca artikel berkaitan : Video Usahawan Malukan & Biadap Terhadap Warga Emas Buat Netizen Berang

Terbaharu, dia difahamkan sudah dikompaun oleh pihak berkuasa diatas kesalahan tidak mengenakan pelitup muka.

Berlaku semalam di Pusat Gelandangan KL

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Bin Haji Abdullah, hasil siasatan mendapati kejadian yang berjaya dirakam tersebut berlaku semalam, 27 julai 2021 sekitar 11.30 pagi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang.

Ianya sewaktu lelaki berkenaan sedang menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan .

Dia kemudiannya dipanggil ke IPD Dang Wangi jam 5.20 petang tadi bagi memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Sehubungan itu dia dikompaun sebanyak RM1,500 diatas kesalahan tidak memakai pelitup muka di Pusat Gelandangan Kuala Lumpur.

PDRM dalam masa sama turut mengingaktkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan MKN dalam menangani wabak Covid-19

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.