fbpx
Now Reading
“Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya” – Siti Sarah Meninggal Dunia

“Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya” – Siti Sarah Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan pemergian penyanyi Siti Sarah, yang disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur sekitar jam 5.13 pagi, hari ini.

Khabar duka tersebut dikongsikan suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu perkongsian di akaun instagramnya pagi tadi.

“5.13 Minit pagi, 9 Ogos 2021, Bidadari syurga saya perg buat selamanya . Mohon sedekahkan al-fatihah ” tulis Shuib ringkas.

Perkara sama turut dimaklumkan syarikat pengurusan Siti Sarah, Indigital Music menerusi satu kenyataan ringkas.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu,” katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama selepas tahap oksigennya menurun selepas beberapa hari disahkan positif Covid-19.

Dia kemudian telah ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan.

Namun apa yang menyedihkan allahyarhaman meninggal dunia tanpa sempat menatap wajah bayi lelakinya itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.