fbpx
Now Reading
4 Anggota TUDM Maut Dalam Kejadian Tembakan Di Kem TUDM Kota Samarahan

4 Anggota TUDM Maut Dalam Kejadian Tembakan Di Kem TUDM Kota Samarahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem TUDM Kota Samarahan, Sarawak maut dalam satu kejadian tembak pagi ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, insiden berkenaan berlaku sekitar jam 7.15 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai tersebut.

“Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas.

“Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Aidi lagi, dua mangsa yang ditembak, maut serta-merta manakala seorang lagi cedera parah namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

“Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.

“Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan,” katanya.

Menerusi laporan Awani, TUDM mengesahkan insiden itu melibatkan empat warganya yang berlaku pada pukul 7.15 pagi.

Menerusi kenyataaan tersebut, pihaknya akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak TUDM menyerahkan kes kejadian kepada PDRM untuk menjalankan siasatan. Pihak TUDM juga menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak polis selesai,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.