fbpx
Now Reading
Bengang Kerap Disindir Masih ‘Single’, Lelaki Pukul Kawan Baik Sendiri Sehingga Maut

Bengang Kerap Disindir Masih ‘Single’, Lelaki Pukul Kawan Baik Sendiri Sehingga Maut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat berang kerap disindir ‘single’ kerana tidak mempunyai teman wanita, seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia, bertindak di luar kawalan dengan memukul rakannya sehingga maut.

Kedua mereka yang berasal dari daerah sama, Banyuwangi difahamkan baru merantau ke Blitar untuk menjadi nelayan pada 7 Ogos yang lalu.

Namun sepanjang tiga hari menetap bersama, suspek yang dikenali sebagai Iskandar kerap disindir oleh mangsa, Nurhuda kerana statusnya yang masih bujang dan tidak mempunyai teman wanita.

Malah menurut laporan Singonews, suspek menjadi lebih berang selepas mangsa yang berjanji untuk memperkenalkannya kepada seorang rakan wanita tidak mengotakan janjinya.

Dalam kejadian pada 10 ogos di Kampung Tambakrejo, daerah Bilitar, suspek difahamkan telah menyerang rakannya, Nurhuda yang sedang tidur menggunakan sebatang besi.

Suspek sebelum itu dikatakan berpura-pura tidur, dan menanti sehingga tengah malam sebelum kembali bangkit selepas rakan serumahnya sudah tidur nyenyak.

Dia kemudian keluar ke bilik air sebelum turun ke tingkat bawah rumah untuk mencapai sebatang besi seberat 15kg sebelum masuk ke bilik mereka dan terus memukulnya di bahagian perut dan kepala.

Tindakan suspek bagaimanapun menyebabkan seorang lagi rakan sebilik mereka terkejut dan terus lari mendapatkan pertolongan dari penduduk setempat. Mereka kemudian bergegas menangkap saspek dan menghantar rakannya yang cedera parah ke hospital.

Namun selepas 7 hari mendapatkan rawatan, mangsa akhirnya meninggal dynia.

Menerusi laporan Indozone, Ketua Polis Blitar, AKBP Adhitya Panji Anom berkata, suspek mengaku tidak berpuashati dengan tindakan mangsa yang kerap mengejek dirinya.

“Ejekan itu dilakukan sejak sebelum pergi ke Blitar, membuatkan suspek berdendam hingga ke puncaknya. Pada Selasa, suspek sudah tak mampu menahan diri,” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.