fbpx
Now Reading
Pasangan Tular Buat Eksperimen Sosial, Makan Di Kedai Tanpa Sijil Vaksin Sudah Ditahan Polis

Pasangan Tular Buat Eksperimen Sosial, Makan Di Kedai Tanpa Sijil Vaksin Sudah Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam kami ada melaporkan mengenai satu perkongsian tular membabitkan seorang wanita yang telah melakukan sosial ekperimen selama beberapa hari dengan memasuki beberapa premis tanpa menunjukkan sijil digital vaksin.

Meskipun bukanlah satu isu besar untuk mana-mana individu pergi ke pasaraya atau kedai serbaneka 24 jam seperti 99 Speedmart dan 711 kerana mereka bukanlah positif Covid-19 ataupun sedang menjalani kuarantin, namun wanita ini dikecam hebat gara-gara tindakannya makan di restoran atau melakukan dine-in sedangkan tidak mempunyai sijil digital vaksin.

Malah dia secara terang-terangan turut mengakui suaminya telah memotong rambut di sebuah kedai memotong rambut tanpa mempunyai sijil vaksin.

Tindakannya berkongsi perkara-perkara tersebut dengan rasa bangga kemudiannya berjaya disedari beberapa pengguna Facebook yang bertindak menangkap layar perkongsian berkenaan hingga menjadi tular dan sohor di semua platform media sosial.

Tindakan wanita tersebut akhirnya memakan diri apabila dia dan suaminya sudahpun ditahan polis semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pasangan tersebut yang berusia lingkungan 35 dan 36 tahun itu ditahan pada hari isnin sekitar jam 5 petang di rumah mereka di Bandar Putera 2, Klang, Selangor.

Jelasnya, penahanan berkenaan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan berhubung penularan medium media sosial pemilik akaun bernama Mujaheeda Soleha yang memuat naik kenyataan berkisarkan tentang ekperimen sosial mereka.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.

“Pada 23 Ogos 2021, isnin jam lebih kurang 5 petang, pihak Polis Klang Selatan telah membuat tangkapan terhadap (1) lelaki melayu dan (1) perempuan melayu berumur antara 35 hinggga 36 tahun yang terlibat dalam kes ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Menerusi laporan Kosmo pula, kedua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis,” katanya dipetik dari Kosmo!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.