fbpx
Now Reading
Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan 10 Lelaki Bersenjata Menyusup Masuk Lahad Datu

Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan 10 Lelaki Bersenjata Menyusup Masuk Lahad Datu

Beliau dalam masa sama turut memberikan amaran kepada mana-mana pihak agar tidak sesekali menggugat keamanan dan kedaulatan Negeri Sabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang menyiasat satu dakwaan yang mengatakan terdapat lebih 10 lelaki bersenjata dipercayai rakyat Filipina menyusup masuk ke Lahad Datu, Sabah melalui perairan Tambisan.

Menerusi laporan The Star, Komander ESSCom Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata isu tersebut masih dalam siasatan pihaknya. Beliau bagaimanapun mengesahkan keadaan di sana ketika ini masih dalam keadaaan baik dan terkawal.

Beliau turut memberikan amaran kepada mana-mana pihak agar tidak sesekali menggugat keamanan dan kedaulatan Negeri Sabah, lapor Sinar Harian.

“Tiada ancaman diterima daripada pihak luar. Jika ada maklumat, kita akan teliti bagi memastikan kesahihannya.

“Petugas keselamatan sentiasa bersiap sedia 24 jam bagi mengawal keselamatan daripada sebarang bentuk pencerobohan anasir luar,” kata Hamzah Ahmad.

Tambah Hamzah, usah sesekali mencetuskan perkara tidak diingini kerana PDRM akan mempertahankan negeri tersebut sehingga ke titisan akhir.

“Kita membuat kawalan 100 peratus dan dia (Abu Sayyaf) usah berani cabar kita.

“Kita akan pertahankan Sabah sehingga ke titisan akhir,” kata beliau lagi.

Menurut sumber, seorang lelaki mendakwa terlihat 10 individu yang mencurigakan, lengkap dengan pakaian celoreng dan bersenjata sedang menyusup masuk ke Sabah menerusi perairan Long Patau di Tambisan pada minggu lalu.

Tambah lelaki itu lagi, dia mempercayai kesemua mereka bukan warga tempatan sebaliknya warga Filipina disebabkan perbualan mereka yang menggunakan bahasa Suluk.

Foto: ESSCom

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.