fbpx
Now Reading
Menara Rebung TM Disenaraikan Untuk Dijual

Menara Rebung TM Disenaraikan Untuk Dijual

Menara setinggi 55 tingkat yang merupakan ibu pejabat TM Berhad itu itu difahamkan sedia dijual secara umum selepas diiklankan di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada rabu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Telekom Malaysia Bhd (TM) dilaporkan telah mengiklankan tawaran jualan aset miliknya iaitu Menara TM atau lebih dikenali sebagai Menara Rebung yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Bangungan 55 tingkat yang merupakan ibu pejabat Kumpulan Telekom Malaysia Berhad itu difahamkan sedia dijual secara umum selepas diiklankan di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada rabu.

Menurut laporan Berita Harian, bangunan ikonik berkeluasan 989,200 kaki persegi itu bagaimanapun ditawarkan pada harga yang tidak didedahkan dan tarikh tutup peringkat pertama bagi jualannya adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac ini.

Menerusi foto keratan iklan berkenaan yang tular di media sosial, menara ikonik ini lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti helipad, pusat konvensyen seluas 92,431 kaki persegi, dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik, pusat fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan masjid.

Selain itu,  ia juga memiliki lebih 1,700 lot parkir turut terletak berhampiran infrastruktur sokongan seperti laluan pejalan kaki serta Stesen LRT Kerinchi dan Universiti.

Sebagai info, Menara TM yang menelan belanja AS$160 juta (RM669.3 juta) siap dibina pada tahun 2001.

Sekitar tahun 2019, TM dilaporkan turut mengikanlan dua banggunan yang terletak berhampiran Menara Rebung iaitu Menara TM Annex 1 dan Menara TM Annex 2.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.