fbpx
Now Reading
‘Ya Allah B, Sayang Tak Kuat,” – Baru 4 Bulan Bina Masjid, Isteri Pilu Suami Maut Dirempuh Lori

‘Ya Allah B, Sayang Tak Kuat,” – Baru 4 Bulan Bina Masjid, Isteri Pilu Suami Maut Dirempuh Lori

Penantian yang amat menyiksakan, semoga diberi kesabaran dan kekuatan buat Fara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penantian seorang isteri yang menanti kepulangan suami tercinta berakhir dengan tragedi memilukan apabila suaminya maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, Gurun pada petang semalam (7 Mac).

Menurut laporan Utusan, mangsa Mohd. Amirul Ismail, 28, yang berteduh di bawah jejambat kerana hujan lebat maut setelah dirempuh oleh lori dari belakang.

Rempuhan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Menerusi Facebook, isteri mangsa, Fara Haziela yang masih terkejut dengan insiden yang menimpa suaminya memohon agar orang ramai memberikan sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Ya Allah B, sayang tak kuat B, mohon sedekahkan al-Fatihah dekat suami saya, semoga awak tenang di sana,” tulisnya.

Baru empat bulan bernikah

Lebih memilukan apabila Fara menerusi perkongsian di Facebook Story memaklumkan yang baru sahaja empat bulan bergelar sebagai pasangan suami isteri. Ini pastinya satu ujian yang berat yang terpaksa diharunginya.

“Baru empat bulan sayang kita bina masjid, Allah lebih sayangkan awak..” luah wanita ini.

Foto: IG Fara Haziela

Selain Mohd Amirul, seorang lagi penunggang turut maut dalam insiden berkenaan.

Manakala enam lagi penunggang lain dilaporkan selamat.

Foto: Laman Twitter Datuk Johari Abdul (MP Sungai Petani)

Difahamkan, pemandu lori yang berusia 28 tahun itu sudah direman selama tiga hari bermula hari ini (8 Mac) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.