fbpx
Now Reading
Laluan Trafik Sesak, Beberapa Lokasi di KL Dilanda Banjir Kilat [Video]

Laluan Trafik Sesak, Beberapa Lokasi di KL Dilanda Banjir Kilat [Video]

Hujan yang turun lebih daripada satu jam telah menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur banjir serta laluan trafik menjadi sesak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa lokasi di ibu negara kini dilaporkan kembali banjir setelah hujan lebih pada satu jam sehingga menyebabkan bandar itu dinaiki air.

Menerusi beberapa gambar serta video yang dikongsikan Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) dan orang awam, terdapat beberapa laluan yang dinaiki air antaranya seperti:

  • Jalan Segambut
  • Jalan Kucing
  • Jalan Pudu
  • Jalan Ampang
  • Jalan Tuanku Abdul Halim
  • Jalan Travers
  • Jalan Maarof
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Changkat Thambi Dolla
  • Jalan Tun Perak
  • Jalan Tun Sambathan
  • Jalan Damansara
  • Jalan Parlimen
  • Jalan Semantan

Laluan trafik sesak kerana banjir

Keadaan banjir ini telah menyebabkan trafik di lokasi berkenaan sesak teruk.

ITIS DBKL menerusi kenyataannya berkata, keadaan air naik dengan cepat ini ditambah dengan paras air sungai yang meningkat secara mendadak.

“Banjir kilat serta air melimpah dari sungai telah menjejaskan trafik dengan teruk di Jalan Segambut,” ulas jurucakap ITIS.

Kejadian banjir itu bukan sahaja telah menyebabkan laluan sesak malah membimbangkan pengguna jalan raya untuk pulang ke rumah seperti yang dikongsikan oleh @jeetsuky di Twitter.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.