Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sejak semalam (25 Mei), tular di media sosial beberapa klip video tembakan dan letupan yang berlaku di pekan Tak Bai di wilayah Narathiwat, Thailand.
Kejadian dipercayai berlaku akibat serangan yang dilancarkan oleh pejuang Patani (Selatan Thailand) ke atas tentera laut Thailand.
Kejadian kira-kira jam 10 malam tadi itu turut didengari dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai.
Menerusi video-video tersebut, penduduk di kawasan itu sempat merakam keadaan api marak yang berlaku di Tak Bai selain kedengaran bunyi tembakan yang kuat ekoran jarak yang dekat.
A police station in Tak Bai, Naratiwat Province in Thailand's deep south was attacked late on Wednesday night. The assailants opened fire and threw grenades. At least three officers were injured #ไฟใต้#ตากใบpic.twitter.com/FZBCGvRDRS
— James Buchanan จิมมี่ (@JBuchananBKK) May 25, 2022
Selain itu, beberapa gambar individu tidak berbaju dipercayai anggota puak pemisah Thailand ditahan pihak berkuasa negara tersebut turut tular di media sosial.
Foto tular di media sosial
Butiran atau maklumat lanjut berhubung kejadian itu masih belum diterima.
Sementara itu, sumber pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tembakan dan bom di Pekan Tak Bai.
“Operasi pasukan keselamatan masih berjalan buat masa ini (11 malam waktu Malaysia),” ujarnya semasa dihubungi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat malam tadi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.