fbpx
Now Reading
Tiada Feri Terbakar Di Langkawi, Itu Hanya Kes Lama Yang Dikongsi Semula – APMM

Tiada Feri Terbakar Di Langkawi, Itu Hanya Kes Lama Yang Dikongsi Semula – APMM

Penyebaran berita palsu sebegini sedikit sebanyak dapat menjejaskan usaha pemulihan industri pelancongan di Langkawi pada fasa wabak pendemik ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan tentang kejadian feri terbakar di perairan Langkawi semalam (15 Jun).

Pengarah APMM Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa mengatakan, kejadian dalam rakaman video yang dimuat naik semula di laman Fcebook (FB) itu terjadi pada tahun 2019.

“Video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di satu laman Facebook adalah kejadian sekitar tahun 2019 dan syarikat pengendali perkhidmatan feri tersebut juga tidak lagi beroperasi.”

Pengarah APMM Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa

Dalam kejadian yang berlaku pada 25 Februari 2019, seramai 52 penumpang berjaya diselamatkan oleh bot persendirian dan anggota bomba selepas feri yang dinaiki dari Pulau Langkawi itu terbakar semasa menuju ke Jeti Kuala Perlis.

Menurutnya lagi, video tersebut dipercayai sengaja ditularkan semula di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan terhadap masyarakat, terutamanya pemain industri pelancongan di Langkawi.

Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn.Bhd., Kapten Baharin Baharom kecewa dengan penularan berita palsu itu.

Menurutnya, berita palsu itu telah mengemparkan seluruh Malaysia, malah mereka turut dihujani dengan pelbagai pertanyaan tentang kejadian itu.

“Ia merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawap apatah lagi apabila ia mendatangkan trauma dan panik dalam kalangan orang ramai,” ujarnya lagi.

Beliau senada dengan Pengarah APMM Kedah dan Perlis, penyebaran berita palsu sebegini sedikit sebanyak dapat menjejaskan usaha pemulihan industri pelancongan di Langkawi pada fasa wabak pendemik ini.

Terdahulu, tular di laman FB yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial tersebut tentang kejadian sebuah feri dikatakan terbakar di perairan Langkawi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.