fbpx
Now Reading
Duda Maut Jatuh Dari Tingkat 4, Elak Dari Suami Kekasih
Lelaki maut terjun dari tingkat 4 selepas cuba lari dari suami kekasih

Duda Maut Jatuh Dari Tingkat 4, Elak Dari Suami Kekasih

Suami saksi yang menyedari kehadiran lelaki tersebut telah bertindak untuk mengunci pintu jeriji serta menghubungi polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang berstatus duda maut disyaki terjatuh dari tingkat empat di sebuah pangsapuri di Bemban, Melaka, selepas nekad untuk larikan diri dari rumah kekasih dengan berpaut pada seutas dawai ampaian apabila menyedari kepulangan suami wanita berkenaan pada pagi semalam (26 Jun).

Memetik laporan Utusan Malaysia, insiden yang berlaku kira-kira 11.47 pagi tersebut mangsa yang berusia 46 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi insiden kerana parah di kepala.

Datang rumah pada jam 12 tengah malam lepas suami kekasih keluar

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan memaklumkan, saksi iaitu kekasih kepada si mati berumur 37 tahun yang tinggal dengan tiga anak mendakwa bahawa lelaki berkenaan datang ke kediamannya pada jam 12 tengah malam selepas suaminya keluar dan bermalam di situ.

Menurutnya, lebih kurang jam 10.30 pagi sewaktu pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah serta menyedari kehadiran si mati.

Suami saksi bertindak kunci pintu apabila sedar mereka berkhalwat dalam rumah

“Suami saksi bertindak mengunci pintu jeriji hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan menghubungi polis.

“Walaupun saksi meminta berunding dengan suaminya, namun lelaki itu yang juga peniaga nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang di bahagian koridor untuk berpaut turun.

“Wanita itu yang berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor,” jelasnya.

Si mati tertiarap dan tak bergerak

Foto: Melaka Kini

Beliau berkata, apabila melihat ke bawah wanita tersebut mendapati lelaki itu telah tertiarap di atas tanah serta tidak bergerak.

“Pemeriksaaan fizikal dilakukan ke atas mayat si mati yang lengkap berpakaian itu mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh tersembam selain lengan kirinya juga patah,” katanya lagi.

Kenal 2005 kemudian berpisah

Jelasnya lagi, saksi menyatakan mereka telah berkenal pada 2005, namun berpisah dan mereka masing-masing mendirikan rumah tangga.

“Pada 2017 si mati bercerai dengan isterinya sebelum mencari semula saksi untuk menjalin semula hubungan walaupun mengetahui wanita itu sudah berkahwin.

Jalin hubungan secara sembunyi

“Mereka menjalinkan hubungan secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi,” ulasnya.

Menurut Mispani, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Katanya, kes kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Kredit foto: Melaka Kini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.