fbpx
Now Reading
Pawagam Bukan Isu Besar, Netflix Boleh Tengok Semua – Timbalan MB Kelantan [Video]

Pawagam Bukan Isu Besar, Netflix Boleh Tengok Semua – Timbalan MB Kelantan [Video]

Menurutnya, rakyat di Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah mengenai isu panggung wayang di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berpendapat isu ketiadaan panggung wayang bukanlah satu isu yang besar di negeri Kelantan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu, hal ini tidak perlu dibesarkan memandangkan rakyat Kelantan beranggapan panggung wayang bukan satu keperluan buat mereka.

Perkara itu dikongsikan beliau dalam satu temu bual bersama YouTuber Feng Ren Guan yang dimuat naik di lamannya pada Rabu lalu (29 Jun) berhubung isu Ketua Pemuda PAS yang dilihat memasuki panggung wayang di Kuala Lumpur bagi menonton filem Mat Kilau.

Menurutnya, isu mengenai panggung wayang ini sudah dibincang sejak zaman pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) mengenai kebaikan dan keburukan serta keperluannya buat negeri itu.

“Jadi padangan kita setelah kita melihat pro dan kontra dan suasana yang ada di Kelantan, keperluan sebagainya.

“Kita membuat keputusan untuk tidak membenarkan pawagam, tapi kami tidak dapat menghalang sekiranya mereka menonton di luar Kelantan, itu hak mereka.

“Tetapi dalam konteks kita di Kelantan, itu adalah pendirian kita,” ujarnya semasa sesi temu bual tersebut.

Masih boleh tonton Netflix

Menurut ADUN Panchor itu lagi, tanpa panggung wayang orang ramai masih boleh menonton wayang kegemaran mereka di rumah menerusi platform movie online seperti Netflix.

Ditanya mengenai pendirian PAS dari sudut perniagaan pula, Mohd Amar berkata, bisnes panggung wayang bukan isu yang besar memandangkan beliau berpendapat orang ramai tidak begitu gemar ke pawagam.

Malah ia dibuktikan apabila ada beberapa pawagan di ibu negara yang terpaksa ditutup akibat masalah kewangan.

“Apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS itu, ingin menunjukkan yang kita tidak menyekat hiburan, Hiburan yang tidak bercanggah dengan syariah, kita boleh terima dan itulah yang dipegang di Kelantan. Kerana itu kita ada peraturan hiburan dan kita tidak sekat semua.”

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah

Tambahnya, isu sebegini tidak pernah dibangkitkan di Kelantan sebelum ini, ia dibangkitkan semula selepas tayangan filem Mat Kilau serta isu Ketua Pemuda PAS, ada pihak yang membangkitkan semula isu ini kerana kebetulan pilihan raya sudah tidak lama lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.