fbpx
Now Reading
Pengasas Bersama Crackhouse, Rizal Van Geyzel Ditahan Polis

Pengasas Bersama Crackhouse, Rizal Van Geyzel Ditahan Polis

Menurut laporan media, Rizal ditahan selama 24 jam dan akan bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengasas bersama kelab berunsur komedi, Crackhouse Comedy Club iaitu Rizal Van Geyzel dilaporkan telah ditahan polis berhubung tiga video yang tular di media sosial.

Menurut laporan The Vibes yang memetik sumber, Rizal ditahan selama 24 jam dan akan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dia difahamkan akan dibawa ke mahkamah pada Jumaat (15 Julai) sekitar 10 pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Dalam pada itu, FMT melaporkan, sumber dari polis mengesahkan bahawa bapa kepada empat orang anak itu disiasat oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Peguam Rizal, Ramkarpal Singh turut mengesahkan bahawa Rizal telah ditahan pada tengah hari Khamis.

Terdahulu Harian Metro melaporkan beberapa pertubuhan badan kerajaan (NGO) telah bertindak membuat laporan terhadap Crackhouse dan Rizal antaranya Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang (GNIPP) yang meminta pihak berkuasa untuk menyiasat sama ada terdapat unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab tersebut.

Awani pula melaporkan Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Johor Bahru telah membuat satu laporan polis terhadap Rizal yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap agama Islam dan Melayu.

Menurut Pengerusi Pekida JB, Tazul Arifin Nasri berkata perbuatan Rizal mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah memperlekehkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.