fbpx
Now Reading
17 Pengunjung Pusat Hiburan Ditahan Kerana Positif Dadah
17 pengunjung dekat pusat hiburan ditahan kerana positif dadah

17 Pengunjung Pusat Hiburan Ditahan Kerana Positif Dadah

Dalam serbuan tersebut, sebanyak dua jenis dadah turut dirampas selain 17 orang ditahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis telah menahan 17 orang pengunjung di sebuah pusat hiburan selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan yang dilakukan di sekitar Sea Park, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar jam 12.30 malam, pada 16 Julai.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mendapati seramai 17 individu telah terbabit dengan pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah daripada pemeriksaan yang dijalankan ke atas 76 pengunjung di pusat hiburan tersebut.

Rampas dua jenis dadah

Jelas beliau, pihaknya turut merampas dua jenis dadah iaitu methylenedioxy-methmphetamine (MDMA) seberat 42 gram (g) serta ketamin 11.5 g yang berjumlah RM3,720.

“Semua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 39 (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Enam wanita tempatan dan 15 pelanggan tidak melakukan kesalahan

Sementara itu, menerusi serbuan yang berasingan, pada hari yang sama jam 11.30 malam seorang pekerja wanita di sebuah pusat hiburan di Taman Megah turut ditahan.

Namun dalam serbuan tersebut enam wanita rakyat tempatan serta 15 pelanggan telah diperiksa dan didapati tidak melakukan apa-aa kesalahan.

Gagal kemukakan lesen hiburan dan lesen minuman keras

Menerusi laporan Kosmo, Mohamad Fakhrudin memaklumkan, hasil pemeriksaan lanjut telah mendapati seorang lelaki yang merupakan penjaga kaunter di premis tersebut gagal mengemukakan lesen hiburan serta lesen jual minuman keras untuk tahun ini (2022).

“Kita telah menahan lelaki itu serta merampan sebanyak 12 botol minuman keras, empat peralatan audio, tujuh keping bil dan wang tunai berjumlah RM1,170,” katanya.

Menurut beliau lagi, menerusi serbuan akhir polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan penjaga kauter di pusat hiburan tersebut terhadap kesalahan yang sama.

“Kita juga telah merampas sebanyak lima botol minuman keras pelbagai jenama, satu keping resit jualan dan wang tunai berjumlah RM525,” jelasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.