Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenaan mengisytiharkan isteri baginda menjadi Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Nur Diana Petra Abdullah.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah mengumumkan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang berkuat kuasa bermula hari ini (2 Ogos).
Ahmad ketika membaca teks berkata, pengisytiharan itu dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Sultan Muhammad V turut berkenaan mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan kepada isteri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra iaitu Che Puan Sofie Louise Johansson Petra.
Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.