fbpx
Now Reading
Pemandu Singapura Geser Kereta Tunku Idris Disaman RM300
Kenderaan Tunku Idris Digeser

Pemandu Singapura Geser Kereta Tunku Idris Disaman RM300

Warga emas tersebut turut menjelaskan bayaran saman sebanyak RM300 semalam (7 Ogos) ketika hadir ke Balai Polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Warga emas yang memandu kenderaan jenama BMW yang dikesan telah menggeser kereta jenis Honda E kepunyaan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim telah disaman RM300.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Serampang, Taman Pelangi, pada 1 Ogos yang lepas.

Telah dipanggil untuk diserahkan saman

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat memaklumkan, semalam (7 Ogos) pemandu warga Singapura itu sudah dipanggil untuk ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS bagi menyerahkan saman kepada individu terbabit.

“Polis memanggil pemandu kereta itu untuk hadir ke balai polis trafik ini bagi membolehkan saman Pol 257 diserahkan kepadanya.

Pemandu jelaskan saman RM300

“Dia disaman mengikut Rule 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dia kemudiannya terus bertindak menjelaskan saman sebanyak RM300 itu pada pukul 1.45 petang tadi (7 Ogos),” jelasnya sewaktu dihubungi media.

Jelas Raub, saman yang diberikan itu di bawah Rule 10 atas kelalaian pemandu dalam mengawal pergerakan kereta secara baik di mana saman tersebut boleh dikenakan maksimum RM300.

Geser kenderaan milik Tunku Idris

Terdahulu, kenderaan jenis Honda E milik Tunku Idris telah digeser oleh sebuah kenderaan yang dipandu oleh lelaki yang berusia 62 tahun tersebut sebelum individu terbabit tampil memberi kenyataan pada polis selepas kejadian itu tular di media sosial.

Insiden yang terjadi pada 2.17 petang itu kemudian telah dikongsikan oleh baginda menerusi muat naiknya di dalam Instagram yang memaparkan sebuah video rakaman litar tertutup (CCTV) serta gambar yang menunjukkan kesan calar pada bahagian keretanya.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.