fbpx
Now Reading
Enggan Patuh Arahan Hingga Tercetus Provokasi Punca Waris Pesakit & Guard Bertengkar [Video]

Enggan Patuh Arahan Hingga Tercetus Provokasi Punca Waris Pesakit & Guard Bertengkar [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak itu, keengganan waris mematuhi peraturan yang ditetapkan telah mewujudkan provokasi kepada pengawal keselamatan hingga berlaku pertengkaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1582615826158747648?s=20&t=H8tXPUTY4J9nvNXF4u1VXw

Sejak semalam (19 Oktober), tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan kekecohan yang berlaku melibatkan seorang pengawal keselamatan di Hospital Teluk Intan, Perak.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kekecohan yang terjadi sekitar pukul 11.00 malam itu melibatkan waris pesakit dan pengawal keselamatan bertugas pada waktu kejadian.

Disebabkan isu waris menghantar salinan x-ray kepada pesakit

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, punca kejadian itu berlaku adalah disebabkan isu menghantar salinan x-ray oleh waris kepada pesakit yang berada di dalam wad perempuan.

“Tempoh lawatan yang diberikan pihak hospital bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 2 petang bagi sesi pagi dan sesi petang bermula pukul 4.30 hingga 7 malam.

Waris enggan patuh arahan hingga tercetus provokasi

Menurutnya lagi, pengawal keselamatan yang bertugas telah membenarkan waris itu masuk melawat dengan syarat pelawat yang sedang menjaga pesakit di dalam wad harus keluar terlebih dahulu.

Namun keengganan waris mematuhi peraturan hingga terjadi provokasi kepada pengawal keselamatan itu menyebabkan berlakunya pertengkaran.

“Pengawal keselamatan yang bertugas telah membenarkan waris itu masuk melawat sekiranya waris yang sedang menjaga pesakit di dalam wad ditukar, kerana seorang sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

“Bagaimanapun, keengganan waris mematuhi peraturan yang ditetapkan telah mewujudkan provokasi kepada pengawal keselamatan hingga berlaku pertengkaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (20 Oktober).

Pihak polis terima 2 laporan, MCMC akan memadam video tular tersebut

Ujarnya, pihak polis menerima dua laporan daripada penyelia pengawal keselamatan dan juga pengawal keselamatan bertugas berkaitan kejadian berkenaan.

Tambah Ahmad Adnan, laporan polis yang dibuat oleh pengawal keselamatan terbabit telah dibawa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar video tular tersebut dipadam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.