fbpx
Now Reading
Lelaki Tolak, Tampar & Letak Cekodok Panas Atas Tangan Nenek Dipenjara
lelaki tolak, tampar, dan letak cekodok panas atas tangan nenek

Lelaki Tolak, Tampar & Letak Cekodok Panas Atas Tangan Nenek Dipenjara

Tertuduh turut mengaku bersalah sengaja menyebabkan kecederaan terhadap neneknya dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain ibu bapa, datuk dan nenek merupakan antara individu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kita.

Oleh itu, seperti yang sudah diterapkan oleh ibu bapa kita hendaklah menghormati dan tidak berkelakuan biadap terhadap individu yang lebih tua.

Cucu tampar & letak cekodok panas atas tangan nenek

Namun berbeza dengan lelaki ini di mana dia bertindak biadap dengan menampar dan meletakkan cekodok panas di tangan neneknya.

Tindakan ini akhirnya memakan diri apabila dia dihukum penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Majistret Izwan Mohamed Noh telah menjatuhkan hukuman kepada Nazri Zol, 34, yang mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sengaja menyebabkan kecederaan pada nenek

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara sengaja telah mengakibatkan kecederaan ke atas neneknya, Halimah Hassan, 83, sekitar jam 9.20 pagi di kediaman Taman Sutera Belia, Batu Berendam, Melaka pada 21 Oktober yang lepas.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh akan dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 di bawah Seksyen 323 dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Ibu nampak tertuduh tolak & tampar badan mangsa sebelum letak cekodok panas atas tangan

Mengikut fakta kes, ibu Nazri melihatnya menolak mangsa dan menyuruh warga emas tersebut keluar dari rumah sebelum terjadinya pertengkaran antara individu berkenaan.

Nazri kemudian bertindak untuk menampar belakang badan dan muka warga emas terbabit sebelum meletakkan cekodok panas pada tangan neneknya itu.

Nenek alami kecederaan soft tissue injury

Hasil laporan perubatan dari Hospital Melaka mengesahkan, neneknya itu mengalami kecederaan pada soft tissue injury serta tertuduh sudah ditahan pada jam 10 malam, 21 Oktober lalu.

Nazri yang juga penganggur kemudian merayu agar hukuman diringankan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri meminta hukuman yang setimpal dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Mahkamah lalu menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.