fbpx
Now Reading
17 Pelajar Cedera, Bas Bawa 55 Penuntut UPSI Terbabas [Video]

17 Pelajar Cedera, Bas Bawa 55 Penuntut UPSI Terbabas [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, siasatan awal mendapati bas tersebut hilang kawalan disebabkan oleh tayar pecah lalu terbabas masuk dalam longkang di kiri jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, (9 November), tular di media sosial mengenai kejadian bas persiaran yang membawa puluhan pelajar sebuah universiti awam terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superitenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya mendapat panggilan berhubungan kemalangan tersebut pada jam lebih kurang 7.00 malam.

Bas bawa 55 pelajar UPSI, 17 cedera ringan

Menurutnya, bas tersebut yang membawa 55 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang Rabu.

“Kemalangan melibatkan bas terbabas sendiri selepas Simpang Kota Malim Prima. Siasatan awal mendapati 17 orang pelajar mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Bas hilang kawalan akibat tayar pecah

Menurutnya lagi, siasatan awal pihak polis mendapati bas tersebut hilang kawalan disebabkan oleh tayar yang pecah lalu terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

Tambahnya, bas yang dipandu lelaki berusia 63 tahun itu dalam perjalanan dari UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah menghala ke Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Calon BN Parlimen Tanjung Malim turun padang

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjung Malim, Dr. Mah Hang Soon turut hadir ke lokasi kejadian sejurus terlihat kemalangan tersebut ketika melalui jalan Slim Lama.

Dr. Mah bertemu mangsa kemalangan (Foto: Facebook/Dr. Mah Hanh Soon)

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, beliau berasa amat sedih dengan kejadian yang menimpa pelajar UPSI terbabit serta meminta agar orang ramai mendoakan agar urusan kesemua mangsa dipermudahkan.

Foto: Facebook/Dr. Mah Hang Soon

“Jangan salahkan driver” – Penumpang bas

Dalam masa sama, seorang pengguna Twitter turut meminta orang ramai agar tidak menyalahkan pemandu bas berkenaan.

Dia yang merupakan saksi dan salah seorang penumpang di dalam bas itu menjelaskan bas berkenaan hanya dipandu dalam kelajuan sederhana. Namun tayar bas yang meletup menyebabkan bas tersebut hilang kawalan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.