fbpx

2 Hari Bertarung Di Laut, Mangsa Bot Karam Berjaya Berenang Ke Daratan

Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas bot yang dinaiki kedua-dua mangsa kehabis minyak dan dipukul ombak sehingga karam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua pemacing terpaksa mengharungi detik cemas apabila harus berenang ke pantai selepas bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak di perairan Pulau Tioman, Rompin, Pahang.

Mangsa yang dikenali sebagai Chia Swee Kwong, 49 dan Zulfahmi Gan Abdullah, 45 dilaporkan hilang sejak Isnin lalu (16 Januari) telah dijumpai oleh orang awam di Pantai Teluk Juara dalam keadaan yang lemah, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mangsa pada kira-kira jam 2.30, semalam (18 Januari).

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman untuk rawatan lanjut.

Operasi SAR ditamatkan selepas penemuan kedua-dua mangsa

Kata Kamal, selepas Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) menerima panggilan daripada Balai Polis Rompin mengenai penemuan kedua-dua mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus ditamatkan.

“Kehilangan dilaporkan oleh majikan mereka sebaik mendapati mangsa tidak pulang selepas keluar memancing pada Isnin lalu.

“Usaha menjejaki mereka juga menemui jalan buntu selepas telefon bimbit kedua-dua pemancing itu gagal dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan.

Bot mangsa karam dipukul ombak selepas kehabisan minyak

Jelasnya lagi, insiden tersebut berlaku selepas bot yang dinaiki kedua-dua mangsa kehabis minyak dan dipukul ombak sehingga karam.

“Kedua-dua mangsa terselamat kerana memakai jaket keselamatan dan berjaya berenang menuju daratan berdekatan.”

Pada masa sama, Maritim Malaysia juga memberi pesanan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika turun ke laut dengan mematuhi setiap undang-undang terutama memakai jaket keselamatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.