fbpx

Berdialog Lucah Dalam Drama Siri Kudeta, Maszlee Malik Mohon Maaf Secara Terbuka [Video]

Mazlee Malik turut berharap agar pihak Astro dapat menapis babak kontroversi tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, seorang ahli politik yang pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sudah mula bergiat dalam industri perfilem dan drama di Malaysia sebagai pelakon.

Dr. Maszlee Malik yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memegang watak sebagai Jamal seorang ahli politik yang sangat kejam dalam siri drama Kudeta.

Kemunculan Maszlee Malik dalam siri drama Kudeta terima kecaman

Bagaimanapun, kemunculan beliau dalam drama tersebut telah menerima pelbagai kritikan dan respon negatif daripada orang ramai.

Hal ini susulan terdapat satu babak di mana Maszlee Malik menggunakan ayat berbaur lucah ketika berbual bersama seorang lagi pelakon hebat, Vanidah Imran.

Sedutan babak kontroversi

Maszlee Malik mohon maaf secara terbuka kepada orang ramai

Enggan berdiam diri, Maszlee Malik membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesal dengan penggunaan ayat yang tidak senonoh semasa melakonkan watak tersebut.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Maszlee Malik berkata dia menyedari akan keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej bailk kepada masyarakat, namun ia tidaklah sampai menyinggung sensitiviti mahupun budaya.

“Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat di penjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.

“Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum.

“Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan,” katanya.

Maszlee Malik harap pihak Astro tapis babak kontroversi tersebut

Menurutnya lagi, beliau berharap agar pihak Astro menapis babak kontroversi tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.

Pada masa sama, Maszlee Malik juga tidak melepaskan peluang mengajak orang ramai menyaksikan siri drama tersebut yang merupakan drama melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi.

“Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut,” ujarnya lagi.

Untuk info, filem Kudeta mengisahkan seorang wanita bernama Mariam Imran (Vanida Imran) sebagai Perdana Menteri wanita pertama Masraya, cuba mengekalkan kuasanya atas gabungan parti yang goyah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.