fbpx
Now Reading
Tun Faisal Sah Dipecat UMNO, Tegaskan Tidak Akan Buat Rayuan
Tun faisal dipecat UMNO

Tun Faisal Sah Dipecat UMNO, Tegaskan Tidak Akan Buat Rayuan

Jelas Tun Faisal terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian beliau antaranya gelaran jawatan masih kekal walau sudah digantung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini parti UMNO telah bertindak untuk memecat dua ahlinya iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) dan juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar yang didakwa telah melanggar disiplin di bawah perlembagaan parti pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Berikutan dari pemecatan itu, banyak pihak seperti parti-parti politik lain telah mula mempelawa KJ untuk menyertai pimpinan mereka sekiranya bekas Menteri Kesihatan itu masih mahu berkecimpung dalam dunia politik.

Namun KJ memaklumkan bahawa beliau memerlukan masa sebelum membuat sebarang keputusan selain menegaskan tidak akan membuat rayuan di atas pemecatan tersebut.

Baca artikel berkaitan: “Saya Masih Mahu Terbabit Dalam Politik”- KJ Perlu Masa & Hati-hati Sebelum Buat Keputusan

Tun Faisal dipecat dari UMNO

Terbaharu, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz turut memaklumkan bahawa beliau juga telah menerima surat pemecatan dari parti berkenaan yang berkuat kuasa serta-merta.

Jelasnya, dalam hantaran yang dikongsikan di Facebook pada jam 4.28 petang, semalam (31 Januari) beliau telah dihubungi oleh ibu pejabat parti berkenaan dan menerima surat pemecatan melalui aplikasi WhatsApp.

Masih dirujuk sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian meskipun sudah dipecat

Namun terdapat beberapa perkara yang menarik perhatiannya sebaik sahaja surat itu diterima apabila jawatannya masih dirujuk sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

“Maksudnya jika sesiapa digantung keahlian mereka, gelaran jawatan mereka masih kekal walaupun hak keahliah mereka digantung. Jadi Datuk Seri Hishammuddin masih boleh digelar Ketua UMNO Bahagian dan bukan ‘bekas’ atau ‘mantan’ seperti yang dirujuk oleh media terhadap saya sebelum ini.

“Perkara ke-2 yang menarik adalah, sepertinya Datuk Ahmad Maslan terlupa untuk menyenaraikan nama saya dalam senarai 9 ahli UMNO Putrajaya yang digantung.

“Mungkin selepas saya buat ‘Live’ mengenai keputusan ‘pembersihan UMNO daripada golongan penentang Datuk Seri Zahid Hamidi’, baru ahli-ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi) perasan, alamak, rupanya ada seorang lagi yang mereka lupa nak umum pecat. Jadi termasuk saya, mungkin jumlah sebenar ahli UMNO Putrajaya yang dipecat adalah 10 orang.

Tambah Tun Faisal, jumlah kesalahan dan pelanggaran peraturan yang didakwa terhadapnya juga lebih banyak berbanding surat penggantungan yang diterima Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Jumlah kesalahan dan pelanggaran peraturan yang didakwa ke atas saya cukup banyak, kalau perkara 20.9 tu, selagi ada huruf kalau perkara 3.1 tu, selagi ada titik.

“Ini barulah dakwaan pelanggaran peraturan yang betul. Cuba bandingkan surat pemecatan saya dengan surat penggantungan Datuk Seri Hishammuddin. Kan banyak bezanya..,” jelasnya.

Pernah digantung sebelum ini, tegaskan tidak akan buat rayuan

Katanya lagi, jika dahulu ketika digantung oleh parti berkenaan selama enam tahun dia membuat rayuan tetapi kini tidak perlu kerana keputusannya sudah boleh dijangka.

Ianya apabila terbukti MKT dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak terbuka dalam menerima kritikan.

Dihukum sebagai memfitnah

Ujar Tun Fasal ketika beliau mendedahkan perkara benar berkenaan pengkhianatan Zahid terhadap dasar parti, dirinya tetap dihukum disebabkan memfitnah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang telah berjuang atas dasar Agama, Bangsa dan Tanah Air, sehingga berjaya mengangkat dan memartabatkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

“Menghalang negara dari menjadi sebuah negara sekular dan menghalang kehendak parti tertentu yang mahu menyamaratakan kedudukan Islam dengan agama-agama lain, serta mengangkat dan membela kedudukan Melayu dan Bumiputera.

Ujarnya, penentangan itu adalah kepada individu dan bukan kepada parti UMNO selain menyatakan pada beliau UMNO dan BN itu tidak mempunyai masalah serta mempunyai prinsip perjuangan yang jelas.

Jelas Tun Faisal walau apa pun, perjuangan Islam dan ummah tetap akan diteruskan namun ia mungkin dalam kapasiti dan wadah yang lain pula.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.