fbpx
Now Reading
Jika Surat ROS Yang Tular Benar, Usul Semasa Perhimpunan Agung UMNO Tidak Sah – KJ [Video]

Jika Surat ROS Yang Tular Benar, Usul Semasa Perhimpunan Agung UMNO Tidak Sah – KJ [Video]

Menurut KJ, tiada keperluan untuk pengecualian dari menteri melainkan perkara itu telah melanggar Akta Pertubuhan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (7 Mac), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kementeriannya memberikan pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1) (c) (iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Saifuddin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah meneliti ketetapan yang telah dibuat oleh PAU 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lepas dan bersetuju memberikan pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.

Baca artikel berkaitan: KDN Lulus Usul UMNO Tak Pertandingkan Jawatan Presiden & Timbalan Presiden Parti

Isu ini turut menarik perhatian bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ.

KJ menerusi satu muat naik di Instagram Story menegaskan jika surat yang tular itu benar, bermakna usul yang mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan adalah tidak sah.

“Jika surat ini betul (surat), usul PAU UMNO yang dibawa oleh UMNO Rembau (bahagian Datuk Seri Mohamad Hasan) untuk melindungi Presiden dan Timbalan Presiden dari pertandingan adalah tidak sah.

“Tetapi tindakan tidak sah ini mendapat pengecualian daripada Menteri Dalam Negeri,” kata KJ.

Malah perkara sama turut dibangkitkan KJ dalam satu video di Instagram miliknya yang menyifatkan usul tambahan yang mencadangkan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi itu telah melanggar undang-undang.

“Maksudnya perkara yang dirujuk itu mesti telah melanggar Akta Pertubuhan.

“Jika tidak, tiada keperluan untuk pengecualian. Menteri (KDN) guna kuasa kecualikan tindakan yang tidak sah itu supaya dapat dihalalkan.

“Tapi dalam kenyataan tersebut bahagian mana yang melanggar Akta Pertubuhan,” kata KJ dalam video berdurasi 7 minit 48 saat itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.