fbpx
Now Reading
Muhyiddin Sah Ditahan SPRM, Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Muhyiddin Sah Ditahan SPRM, Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 1 tengah hari tadi (9 Mac) selepas beliau hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

Perkara tersebut disahkan SPRM menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

SPRM dalam masa sama turut mengesahkan pihaknya sudah mendapat izin untuk mendakwa Muhyiddin Yassin daripada Pejabat Peguam Negara di Mahkamah Kuala Lumpur esok (9 Mac).

Namun media melaporkan beliau sudah keluar dari bangunan SPRM pada jam sekitar 8.20 malam, diiringi beberapa penyokongnya.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.