fbpx
Now Reading
Tragedi Rumah Terbakar Di Muar, 4 Beradik Meninggal Dunia
4 budak meninggal dunia

Tragedi Rumah Terbakar Di Muar, 4 Beradik Meninggal Dunia

Kesemua mangsa yang berusia antara tiga hingga lapan tahun ditemui di dalam bilik air tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu kejadian menyayat hati berlaku di Muar, Johor apabila empat beradik dijumpai meninggal dunia selepas rumah yang diduduki mereka terbakar di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor pada malam Rabu (29 Mac).

Dalam insiden yang berlaku jam 7.49 petang itu, mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan berumur dalam lingkungan tiga hingga lapan tahun.

Kebakaran musnahkan 80% keseluruhan rumah

Foto: Bomba Muar

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar memaklumkan insiden itu membabitkan rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50 kaki x 35 kaki.

“Kebakaran telah memusnahkan 80% daripada keseluruhan rumah tersebut. Setelah api padam sepenuhnya pihak bomba bertindak membuat pencarian mangsa.

“Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemui di dalam bilik air rumah tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri,” ujarnya dipetik Kosmo.

Kata beliau, seramai 20 anggota dari BPP Muar serta BBP Bukit Gambir dengan bantuan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dihantar ke lokasi kejadian.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan

Tambahnya lagi, pemeriksaan lanjut yang dilakukan pegawai perubatan ke atas kesemua kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada pukul 9.52 malam ini,” katanya.

Video

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.