fbpx
Now Reading
Tular Video Belasah Beramai-ramai Di Johor, 5 Lelaki & 1 Wanita Ditahan Polis

Tular Video Belasah Beramai-ramai Di Johor, 5 Lelaki & 1 Wanita Ditahan Polis

Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara, semua suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 148, Seksyen 365 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu kejadian tular seorang lelaki dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan individu lain yang dipercayai berlaku di Johor.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan mengenai kes berkenaan.

Pihak polis mengesan video tular pergaduhan tersebut

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 28 saat itu yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pergaduhan sekumpulan lelaki.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku jam 11.40 malam kelmarin (26 Mei) di kawasan Tampoi dan susulan itu, kita berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan.

“Mereka berusia lingkungan 24 hingga 35 tahun,” katanya dalam kenyataan, semalam pada Ahad, 28 Mei.

Kesemua suspek direman selama 4 hari

Menurutnya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 148, Seksyen 365 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

“Kita masih lagi dalam proses mengenal pasti (punca pergaduhan) dan dalam tindakan mengesan beberapa lagi suspek yang masih bebas,” katanya.

Kejadian ada kaitan dengan kes gaduh baling pemadam?

Dalam pada itu, Balveer Singh berkata pihak polis masih menyiasat sama ada insiden tersebut mempunyai kaitan dengan kes pelajar pergaduh di Kempas kerana dibaling pemadam seperti yang didakwa segelintir netizen.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Dibaling Pemadam Pensel, Sekumpulan Pelajar Tingkatan 3 Di Johor Bergaduh

Selain itu, beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mensensasikan isu terbabit sehingga boleh memudaratkan ketenteraman awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Risman Sahid di talian 019-7766043,” katanya.

Penularan video mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Terdahulu, video kejadian berkenaan tular di Twitter yang menunjukkan sekumpulan lelaki memukul seorang lelaki lain sambil mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.

Penularan video tersebut sekaligus menyebabkan pengguna media sosial memberi pelbagai spekulasi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.