fbpx
Now Reading
Kerana Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Bunuh Wanita Warga Emas Umur 67 Tahun

Kerana Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Bunuh Wanita Warga Emas Umur 67 Tahun

Wanita berusia 67 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan polis kerana disyaki membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Batu 8, Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson pada 9 Mei.

Polis sebelum ini telah menerima laporan berhubung penemuan seorang wanita warga emas tidak sedarkan diri di sebuah bilik di rumahnya pada hari sama jam 12.30 tengahari.

Menurut Ketua Polis Port Dickson, Supritendan Aidi Sham Mohamed, mangsa yang berusia 67 tahun dipercayai mati di tempat kejadian dan kematiannya disahkan oleh Pembantu Hospital Port Dickson.

“Pembantu Perubatan Hospital Port Dickson mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian di sebuah bilik di rumahnya,” katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson bagi tujuan bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

Bunuh Warga Emas Kerana Cinta Tidak Berbalas

Susulan daripada itu, polis bertindak menahan suspek pada 16 Mei jam 12.50 malam di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas telefon bimbit bagi tujuan siasatan.

Menurut beliau, motif pembunuhan kerana cinta tidak berbalas.

Kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut kini dipinda dan diklasfikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan dan sudah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 302 KK dan suspek juga akan turut dituduh di bawah Seksyen 411 KK,” katanya.

Foto: FB Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson pada hari ini (31 Mei).

Sekiranya didapati bersalah, suspek akan dihukum gantung sampai mati bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Cinta Ditolak, Pelajar Tingkatan 1 Cuba Bunuh Diri

Baca Artikel Berkaitan: Kecewa Cinta Tak Berbalas, Pelajar China Hantar Sekilo Daging Babi Kepada Wanita Muslim Di UK

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.