fbpx
Now Reading
Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Kerana Cederakan Isteri

Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Kerana Cederakan Isteri

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2023/03/13/tak-mengaku-pukul-isteri-mahkamah-perintah-hafidz-roshid-dihantar-ke-hospital-bahagia/

Hari ini (9 Jun), Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru diberitahu bahawa pelakon Hafidz Roshdi disahkan waras.

Susulan itu, Hafidz yang didakwa mencederakan isterinya, Nurul Shuhada pada bulan Mac lalu boleh dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tumbuk Isteri Hingga Cedera

Laporan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan sahkan Hafidz waras

Menurut Sinar Harian yang memetik Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri berkata, ia berdasarkan laporan psikiatri yang dikeluarkan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak ke atas Hafidz yang berusia 29 tahun.

“Pihak pendakwaan telah menerima laporan psikiatri itu dan laporan tersebut menyatakan tertuduh adalah waras dan boleh dibicarakan oleh mahkamah ini,” katanya semasa sebutan kes di hadapan Hakim Majistret Mohd Kafli Che Ali.

Pada masa yang sama, Asmaa’ turut memohon kepada mahkamah satu tarikh sebutan lain ditetapkan bagi serahan dokumen.

Peguam Hafidz mohon salinan laporan psikiatri diserahkan kepada pembelaan

Peguam mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader pula memohon supaya salinan laporan psikiatri itu dapat diserahkan kepada pasukan pembelaan untuk pihaknya meneliti kandungan laporan berkenaan.

Bagaimanapun, Asmaa’ berkata pendakwaan hanya mempunyai satu salinan laporan dan ia akan diserahkan pada sebutan kes akan datang.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit.

Mahkamah arah Hafidz jalani pemeriksaan dan rawatan sebelum ini

Terdahulu, mahkamah mengarahkan agar Hafidz menjalani pemeriksaan dan rawatan psikiatri selepas pihak pendakwaan memohon tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 13 Mac lalu, pelakon drama bersiri ‘Tundukkan Playboy Itu’ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Shuhada yang berusia 29 tahun dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, bengkak dan lebam.

Susulan pertuduhan itu, dia didakwa mengiku Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,00 atau kedua-duanya sekali dan dibaca bersama Seksyen 326 KK yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum daripada sabitan sebelumnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.