fbpx

Pengerusi LLM Minta Syarikat Konsesi Naik Taraf Laluan Motosikal Agar Boleh Digunakan Oleh Motosikal Kuasa Tinggi

Selain itu, Pengerusi LLM berkata syarikat konsesi lebuh raya juga perlu membuat penambahbaikan laluan motosikal dengan mengambil kira kemalangan akibat cuaca buruk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, kebanyakan lebuh raya di Malaysia mempunyai laluan khas motosikal bagi mengurangkan berlakunya kemalangan ketika kenderaan sedang bergerak laju.

Bagaimanapun, laluan khas motosikal ini tidak banyak digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi kerana tidak begitu sesuai memandangkan saiz lebar jalan tersebut hanyalah sekitar 2 hingga 3 meter sahaja.

LLM minta syarikat konsesi naik taraf laluan motosikal agar boleh diguna oleh superbike

Susulan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meminta syarikat konsesi untuk menaik taraf laluan motosikal di lebuh raya masing-masing agar ia sesuai digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi dalam membantu usaha mengurangkan risiko kemalangan.

Menurut Pengerusi LLM, Datuk Seri Jalaluddin Alias, terdapat beberapa laluan masuk lorong motosikal seperti di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak dilihat yang tidak selamat digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi dan boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.

“Syarikat konsesi lebuh raya diminta menaik taraf laluan (motosikal) ini, atau sediakan kemudahan sewajarnya bagi penunggang motosikal jenis ini bagi memastikan keselamatan penunggangnya,” katanya dipetik Awani.

Januari hingga Mei, kira-kira 200 kes kemalangan maut libatkan motosikal di lebuh raya

Jelasnya, di sepanjang lebuh raya seliaan LLM dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, lebih 10,000 kemalangan jalan raya dilaporkan dengan kemalangan maut membabitkan motosikal adalan tinggi iaitu kira-kira 200 kes.

Berkongsi lanjut, Jalaluddin berkata syarikat konsesi lebuh raya juga perlu membuat penambahbaikan laluan motosikal dengan mengambil kira kemalangan akibat cuaca buruk termasuk risiko penunggang dilanggar ketika berhenti di bawah jejambat untuk berteduh ketika hujan.

Tahun lalu, pengguna motosikal catat rekod kemalangan maut paling tinggi

Sementara itu, mengikut data kajian kemalangan jalan raya pada tahun 2022 oleh Institut Kemalangan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pengguna motosikal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 2,916 atau 66.6% berbanding kenderaan lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.