fbpx
Now Reading
Pengguna Lebuhraya MEX Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit & Kad Debit Bermula 3 Ogos

Pengguna Lebuhraya MEX Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit & Kad Debit Bermula 3 Ogos

Menurut Menteri Kerja Raya,Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) merupakan alternatif baharu yang memberi kemudahan dan pilihan kepada pengguna semasa proses pembayaran tol selain daripada kaedah sedia ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui sistem pembayaran tol di Malaysia pada masa kini adalah menggunakan kaedah seperti penggunaan Touch n Go, Smart Tag dan juga Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Namun, sekitar Jun lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan 12 lebuh raya di Malaysia akan mula menggunakan sistem pembayaran tol secara terbuka (open payment system) bermula September 2023.

Terbaharu, berita baik khususnya buat pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX), Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) menggunakan kad debit dan kad kredit akan mula dilaksanakan bermula hari ini (3 Ogos).

Beri Kemudahan Pembayaran Kepada Pengguna

Menurut Alexander Nanta, ia merupakan alternatif baharu yang memberi kemudahan dan pilihan kepada pengguna semasa proses pembayaran tol selain daripada kaedah sedia ada.

Sebanyak enam lorong di lebuhraya MEX akan dibuka khusus buat pengguna menikmati kemudahan ini.

“Ia adalah sebahagian inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melaksanakan sistem SPT di 12 lebuh raya terpilih secara berperingkat bermula September depan.

“Pelaksanaannya kelak membabitkan Lebuhraya MEX, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Besraya, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP),” kata beliau.

Laksana Pengujian Sistem SPT Bagi Memastikan Kesediaan & Kelancaran Operasi

Tambah beliau, MEX merupakan antara 12 lebuhraya terawal yang melaksanakan sistem ini sejak pengujian sistem telah dibuat pada Julai yang lalu.

Pengujian itu adalah bertujuan bagi memastikan kesediaan dan kelancaran operasi selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Tambah beliau lagi, pihak KKR sentiasa dimaklumkan dari semasa ke semasa berhubung tahap kesediaan dan perkembangan pengujian yang sedang dijalankan secara berperingkat oleh LLM dan syarikat konsesi lebuhraya yang lain.

“Pelaksanaan SPT harus dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan,” kata beliau.

Pengguna Perlu Pastikan Baki Mencukupi, Sedia Petugas Bantu Proses Pembayaran

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan pengguna agar memastikan baki kad debit dan kad kredit sentiasa mencukupi sebelum membuat pembayaran tol.

“Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna boleh menggunakan kad bank lain atau kad TnG,” kata beliau.

Malah, Alexander turut memaklumkan bahawa LLM telah meminta syarikat konsesi yang terbabit dengan inisiatif SPT untuk menyediakan petugas di tol bagi membantu pengguna khususnya ketika membuat pembayaran.

PUTRAJAYA, 2 OGOS 2023 – Selaras dengan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melaksanakan Sistem Pembayaran Tol…

Posted by Kementerian Kerja Raya Malaysia on Wednesday, 2 August 2023

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Boleh Bayar Tol Di 12 Lebuh Raya Guna Kad Debit & Kredit Bermula September

Baca Artikel Berkaitan: Kad Debit & Kredit Boleh Digunakan Untuk Mod Pembayaran Tol Di 5 Lebuh Raya Bermula September Ini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.