fbpx
Now Reading
“Saya Tak Nak Turunkan Diri Ke Tahap Aliff Syukri” – Abdul Kadir Serah Pada Peguam Tentang Tuduhan Hutang

“Saya Tak Nak Turunkan Diri Ke Tahap Aliff Syukri” – Abdul Kadir Serah Pada Peguam Tentang Tuduhan Hutang

Ketika ditanya sama ada wujud usaha beliau untuk membersihkan imejnya, Abdu Kadir tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung isu terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat pendedahan mengenai seorang bekas menteri berpangkat Tan Sri yang berhutang dengannya.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pengasas produk D’Herbs itu mendakwa bekas menteri itu telah berhutang dengan jumlah mencecah puluhan juta ringgit.

Tidak hanya itu, Aliff turut mendakwa usahanya untuk menghubungi bekas menteri itu bagi menagih kembali hutang juga gagal.

“Tak akan bekas menteri macam ni saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas. Waktu dulu nak minta bantuan saya dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.

“Siapa kenal Tan Sri ni? Minta dia suruh bayar duit saya yang berpuluh juta itu. Dia mesti kaya sebab bekas Menteri. Orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia,” tulisnya di Instagram.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Call Tak Angkat, Dulu Nak Minta Terhegeh-hegeh” – Aliff Syukri Tuntut Hutang Puluhan Juta Dari Bekas Menteri

Abdul Kadir serah hal tersebut pada peguam, tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syurki

Meskipun Aliff tidak mendedahkan sebarang nama dan hanya berkongsi gambar muka yang ditutup, bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pula seakan mengiyakan mengenai isu tersebut apabila menjelaskan beliau telah menyerahkan hal ‘ugutan’ daripada usahawan tersebut kepada peguamnya.

Difahamkan, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dari 2004 hingga 2006 itu memberi alasan bahawa beliau enggan meletakkan kedudukannya serendah ahli perniagaan terbabit.

“I don’t want to go down to their level (saya taknak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri).

“Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Abdul Kadir tidak mahu mengulas lanjut

Ketika ditanya sama ada wujud usaha beliau untuk membersihkan imejnya, Abdu Kadir yang juga Presiden parti IKATAN itu tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung isu terbabit.

“Saya dengan orang macam itu tak nak komen. Saya tak nak sebut nama,” katanya lagi.

Sementara itu, Aliff Syukri dalam satu lagi hantaran berbeza di Instagram berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan bekas menteri itu yang kelihatannya hanya dilihat namun tidak berbalas (bluetick).

Aliff Syukri sifatkan diri hanya ikan bilis berbanding bekas menteri itu

Jelas Aliff lagi, dia menyifatkan dirinya hanya ikan bilis jika hendak dibandingkan dengan individu berpangkat Tan Sri itu yang mempunyai lebih ramai kenalan hebat dan berpangkat.

“Dia orang hebat, kenalan semua ketua polis negara, menteri-menteri. Saya hanya ikan bilis, saya berani kerana benar,” tulis Aliff.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.