fbpx
Now Reading
Bank Negara Umum OPR Kekal 3%

Bank Negara Umum OPR Kekal 3%

Menurut BNM, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, 6 Julai mengumumkan pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3%.

BNM dalam satu kenyataan berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

“MPC terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.

“MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” kata BNM.

Menurut kenyataan itu lagi, MPC akan terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.

MPC pada 3 Mei lalu membuat keputusan luar jangkaan apabila menaikkan penanda aras kadar faedah pinjaman dan tabungan itu sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%, yakni kenaikan pertama bagi 2023.

Tambah BNM lagi, pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat, dengan prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan.

Ianya berikutan beberapa perkara antaranya:

  • Momentum ekonomi utama yang lebih perlahan
  • Inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan
  • Ketegangan geopolitik yang semakin meruncing
  • Keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.

“Susulan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan-bulan kebelakangan ini. Keadaan ini berikutan eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan, seperti yang dijangka.

“Pertumbuhan bagi bulan-bulan seterusnya pada tahun 2023 akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan. Perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu sebuah firma pelaburan menjangkakan BNM akan menaikkan kadar OPR kepada 3.25%.

Ia menjangkakan kenaikan ini ekoran dari perubahan dalam Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai boleh memberi impak kepada pasaran modal dan nilai mata wang negara.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.