fbpx
Now Reading
KPM Siasat Dakwaan Cikgu Gigit Murid

KPM Siasat Dakwaan Cikgu Gigit Murid

Menurut Hui Ying Kementerian Pendidikan memandang serius dakwaan pelajar digigit guru yang dikongsikan oleh si ibu di Facebook.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan tentang dakwaan seorang ibu yang anaknya berusia enam tahun trauma kerana sering digigit oleh seorang guru lelaki di bahagian bibir dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Pantai Timur.

Malah kanak-kanak itu turut menyifatkan dia berasa sakit selain geli kerana guru berkenaan mempunyai gigi yang kuning serta mulut hitam.

Selain bibir, kanak-kanak itu turut mendakwa adakalanya guru terbabit turut mengigit bahagian telinga serta hidungnya.

Pada awalnya si ibu, seperti tidak mahu mempercayai apa yang dikatakan oleh kanak-kanak berkenaan sebelum bertindak bertanya hal itu kepada abang dan kakak pelajar berkenaan.

Tidak mahu berdiam diri tentang perkara tersebut, si ibu kemudian memaklumkan telah bertindak untuk bertemu dengan Guru Besar sekolah berkenaan bagi membincangkan isu terbabit.

Baca artikel berkaitan: “Cikgu Selalu Gigit Bibir & Tarik Panjang” – Ibu Terkejut, Dakwa Anak 6 Tahun Jadi Mangsa Gigit Guru Lelaki Sampai Trauma

KPM lakukan siasatan untuk siasat secara terperinci

Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan siasatan untuk menyiasat kes tersebut secara terperinci mengenai dakwaan tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying kementeriannya mengambil serius mengenai dakwaan tersebut kerana hal itu tidak sepatutnya berlaku.

Sehubungan itu pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya kejadian tersebut terbukti berlaku.

“KPM sudah mengenal pasti hantaran yang dimuat naik (di Facebook) mendakwa kejadian itu, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan KPM memandang serius perkara ini dan dalam masa sama kami menjalankan siasatan lanjut.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut dan jika ada kes sebegitu (murid digigit guru) tindakan sewajarnya akan diambil.

“Dalam hal ini, KPM tidak pernah membenarkan ia berlaku dan sentiasa mengambil langkah pencegahan untuk memberi kesedaran kepada murid serta pelajar.

“Ingin saya tegaskan bahawa KPM tidak sesekali berkompromi dalam apa jua isu,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.