fbpx
Now Reading
Kenaikan 20% Harga Barang Hanya Tilikan, Kata Fahmi Fadzil

Kenaikan 20% Harga Barang Hanya Tilikan, Kata Fahmi Fadzil

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan sebelum ini meramal kenaikan harga barang sebanyak 20% pada Ogos ekoran daripada kenaikan kos inflasi import dan kos operasi perniagaan di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam konteks ekonomi, setiap perubahan yang berlaku kebiasaannya akan turut mempengaruhi faktor ekonomi yang lain.

Misalnya, jika berlaku kenaikan dalam inflasi, maka ia juga akan turut mempengaruhi harga barang serta kos-kos yang lain.

Akibat daripada peningkatan dalam inflasi import dan kos operasi perniagaan di Malaysia, ada yang meramalkan harga barang akan mengalami kenaikan sebanyak 20% pada Ogos ini antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan.

Menurutnya, kenaikan ini adalah didorong oleh kenaikan kos inflasi import dan kos operasi perniagaan di Malaysia. Peningkatan kedua-dua kos ini adalah disebabkan oleh kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syraikat (AS).

Malah, Nivas turut mengesan berlaku peningkatan 20% dalam kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari yang lalu.

Fahmi Anggap Jangkaan Kenaikan Harga Barang Hanya Tilikan

Namun, jangkaan kenaikan harga barang dianggap sebagai satu tilikan atau ramalan semata-mata oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi Fadzil, kenaikan harga barang tidak akan berlaku kerana beberapa petunjuk ekonomi pada tahun ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Saya lihat laporan dalam beberapa media hari ini bahawa dalam bulan Ogos ini, harga barang naik 20%. Macam mana dia tilik, dia rujuk, nujum pak belalang kah dia ini, bulan Ogos harga akan naik,” kata beliau.

Inflasi Menurun, Pelaburan Meningkat

Tambah beliau, kerajaan perpaduan telah berjaya menurunkan kadar inflasi yang dikaitkan dengan kenaikan harga barang daripada 3.3% pada bulan April menjadi 2.8% pada Mei yang lalu.

“Kedua, suku pertama tahun ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang sangat rancak iaitu 5.6% dan kadar ini adalah lebih rancak dari China, Singapura dan Indonesia,” ujar beliau.

Malah, pelaburan negara juga dilihat menunjukkan trend yang positif apabila bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dianggarkan kira-kira RM71 bilion pelaburan telah masuk ke Malaysia berbanding RM44 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Jumlah ini dijangka akan bertambah pada masa akan datang termasuk pelaburan besar daripada kerajaan Arab Saudi.

Baca Artikel Berkaitan: Turun Harga Barang Atau Turun Jalan Raya, Gesa Kesatuan Pelajar UIAM & UM Pada Kerajaan

Baca Artikel Berkaitan: Berang Dengan Kenaikan Harga Barang Musim Raya? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.