‘Kos Sara Hidup Kerajaan Madani Lebih Baik’- Ahli Parlimen Pasir Gudang
Hassan Abdul Karim berkongsi infografik perbandingan harga barang iaitu cili, bawang, minyak masak dan ayam ketika Kerajaan Madani dan Perikatan Nasional di akaun Twitter miliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kos sara hidup merupakan isu utama yang sering menarik perhatian dan menjadi perdebatan baik dalam kalangan ahli politik dan rakyat.
Hakikatnya, kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat semakin meningkat setiap tahun dengan pendapatan masih lagi berada di tahap yang sama.
Keadaan ini ditambah lagi dengan kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta pengaruh faktor ekonomi lain antaranya seperti kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Kos Sara Hidup Kerajaan Madani Lebih Baik
Namun, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kos sara hidup di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah lebih baik berbanding kos di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Fakta ini dikongsikan oleh beliau melalui akaun Twitter @hakarim_51 yang membuat perbandingan harga bagi empat barang keperluan asas di era Kerajaan Madani dan PN.
Menerusi ciapan berkenaan, beliau berkongsi infografik perbandingan harga barang iaitu cili, bawang, minyak masak dan ayam di antara dua pemerintahan.
Menerusi infografik itu, harga sekilo cili semasa Kerajaan Madani hanya RM12 hingga RM15 sekilo berbanding zaman pemerintahan Kerajaan PN iaitu RM50 hingga RM100 sekilo.
Harga bawang juga menunjukkan perbezaan sebanyak RM2 di mana harga barang asas itu pada masa kini dianggarkan hanya RM1.70 hingga RM2 sekilo berbanding RM4 hingga RM5.
Malah, menerusi ciapan tersebut juga, harga minyak masak pada masa kini menjadi RM29.60 berbanding RM42 sebotol dan harga ayam juga turut dikatakan mengalami penurunan daripada RM9 sekilo berbanding RM12 sekilo ketika era PN.
Melalui perkongsian itu juga, beliau sempat memohon maaf sekiranya fakta yang dikongsikan adalah tidak benar. Namun, sekiranya fakta itu tepat, beliau menganggap kos sara hidup pada masa kini adalah lebih baik.
Saya Hassan Abdul Karim ahli parlimen Pasir Gudang mohon kongsikan infografik ini.
— Hassan Karim (@hakarim_51) July 11, 2023
Kalau fakta dalam infografik ini salah, saya mohon ampun dan maaf. Saya ambil tanggungjawab
Tetapi kalau fakta tersebut benar,nampaknya keadaan kos sara hidup sekarang lebih baik dari sebelum ini pic.twitter.com/bt31neqNPv
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyangkal dakwaan dan meminta beliau untuk membuat pemantauan sebenar mengenai harga barang semasa.
Malah, ada yang tidak bersetuju dengan perbandingan harga yang dilampirkan kerana ia hanya mewakili empat barang asas dan tidak menyenaraikan barang keperluan yang lain seperti susu formula dan lampin bayi.
Namun, ada juga yang menyokong terutamanya perubahan harga minyak masak yang dirasakan lebih murah berbanding harganya yang sebelum ini mencecah lebih RM40 sebotol.
Baik Apa Bang, Abang Tak Beli Barang Dekat Pasar Ke?
Sebelum Ni Makan Tengahari RM8, Sekarang Rata-Rata Dah Jadi RM11
Untuk Minyak Masak Tu, Saya Boleh Jamin 100% Faktanya Benar
Baca Artikel Berkaitan: Gaji Tidak Sepadan Dengan Kos Sara Hidup Pada Masa Kini -Penganalisis Ekonomi
Baca Artikel Berkaitan: Potong Gaji Menteri Tak Selesaikan Isu Peningkatan Kos Sara Hidup – Mahdzir Khalid